| Home | Contents or SiteMap | Feedback | Search in this site | |
|
|
---|
|
Cenci's Home > SiteMap > My Articles > OpenGL > Hierarchical Model Hierarchical Model Mula-mula
kita pergi kepada penerangan teori atau konsep disebalik kaedah hierarchi
dalam sesuatu model. Bayangkan model tangan seorang manusia yang terdiri
daripada tiga bahagian; atas, lengan, dan pergelangan tangan.
[gambarajah001: gambar tangan yang menunjukkna tiga bahagian yang boleh bergerak atau rotate. Sorry, gambar tangan tak ada, tapi kaki pun sama konsepnya, pikir sendiri. Tapi sebenarnya kena guna gambar tangan jugak, sebab kalau gambar kaki nie ada... ala kira boleh la]. Kalau tangan sebelah atas bergerak (rotate), bahagian lengan bawah dan pergelangan tangan juga turun bergerak (rotate). Jika lengan bawah bergerak, pergelangan tangan juga turut bergerak, tetapi bahagian atas tidak (tidak semestinya) bergerak. Begitu juga dengan apabila pergelangan tangan bergerak (rotate), bahagian atas tangan dan lengan tidak (tidak semestinya) bergerak. Untuk keadaan seperti ini, kaeadah hierarchical model diperlukan untuk menghasilkan kesan seperti yang tersebut. Untuk contoh ini, hierarchi bagi model diatas boleh dibayangkan berhierarchi seperti berikut: [gambarajah 002: hierarchi dalam tulisan atau carta hierarchi bagi model di atas ( gambaraja001)]. Tidak semestinya bahagian atas model menduduki tempat atas dalam hierarchi. Ini dapat dilihat dalam contoh dibawah. Kita lihat pula model seorang manusia yang terdiri daripada beberapa bahagian seperti gambar di bawah:
Perkara ini berlaku kerana, contohnya bila kepala bergerak atau tunduk (rotate), bahagian lain badan tidak (tidak semestinya) ikut bergerak atau tunduk (rotate). Konsep hierarchical model ni macam tu lah. Pahamkan dari gambarajah 003 kat atas tu. Kalau tak paham jugak tak tau la aku nak cakap macam mana lagi. Ini konsep dia la kan. Kalau korang nak buat sesuatu model yang memerlukan konsep ni, hierarchi dia ikut keadaan model tersebut la, ia boleh digerakkan macam mana. *Semua yang ada kat sini adalah hasil dari apa yang aku tahu dan faham. Segala pendapat, cadangan, komen, penambahan idea, pemberitahuan kesalahan ejaan dan sebagainya adalah dialu-alukan.
|
| Home | Contents or SiteMap | Feedback | Search in this site |
|