| Home | Contents or SiteMap | Feedback | Search in this site |

Logo: Cenci's Home

Slogan: Build Your Better World

 
Main Menu

[ My Projects ]

[ My Articles ]

[ My Favorite Links ]

[ My Archives ]

Special Topic

[ Hack Crack Phrack ]

[ Embedded ]

[ Linux ]

[ Programming ]

[ My favorite games ]

[ My favorite movies ]

 

Cenci's Home > SiteMap > My Project > My Favorite Games

My Favorite Games

Kat sini aku juga berikan simbol Star untuk mewakili tahap best bagi permainan-permainan tersebut. Click gambar untuk lihat lebih banyak gambar game tersebut.

  • Colin McRae Rally 2.0 - CodeMasters StarStarStarStar
  • Age of Empires - Microsoft StarStarStarStarStar
     
  • Grand Prix 3 - Microprose StarStarStarStar
     
  • Final Fantasy VIII - Square Soft Inc StarStarStar
    Aku lebih tertarik kepada cerita yang cuba disampaikan disamping selingan petikan grafik yang menarik.
    Kekurangan: Permainan yang kompleks. Banyak sub-games di dalamnya seperti chocobo, permainan kad, kuiz dan sebagainya. Kita perlu menyusun, manage diri, barang, magik, diri setiap karektor tertentu bagi memastikan kita dapat meneruskan permainan hingga tamat. untuk menghabiskan permainan ini, kita perlulah banyak habiskan masa kerana game ni menggunakan 4 keping CD permainan dan sekeping CD installer, di mana kita akan bermula dengan CD pertama, dan seterusnya dan berakhir dengan CD ke empat.

  • Final Fantasy IV - Square Soft Inc StarStarStar
    Seperti gama sebelumnya juga. Yang paling ketara, karektor yang dipaparkan adalah seperti kartun sikit sebab pandek-pendek (rendah) orangnya kalau dibandingkan dengan FF8 dimana karektor yang dipaparkan adalah lebih menyerypai orang biasa.. Tapi tak dinafikan, cun jugak.

  • NHL 2002 - EA Sports StarStarStarStar
    Kelebihan: Tak rugi kalau korang beli game ni. Permainan yang laju dan tak membosankan kerana berlatarbelakangkan suara juruhebah yang dan kesan bunyi baik.
    Kekurangan: Antara muka menu agak mengelirukan, kurang bantuan dalam pemilihan menu, senang kata, semua yang berkaitan dengan pemilihan di menu adalah mengelirukan ataupun kurang difahami dengan jelas. Kesinambungan antara menu-menu juga hancus. Tapi ini tak bermakna game ni tak best. Bila perlawanan dah berjalan, ia sangat mengasyikkan. Best.

  •  

Emulator

Emulator dalam topik ini bermaksud program yang boleh  digunakan bagi menjalankan permainan (dalam CD) yang dibuat khas untuk konsol tertentu (seperti PlayStation, Nintendo, GameBoy, dsb.), supaya dapat dimainkan di komputer (PC).

PSX

  • Bleem! 1.4b StarStarStar
    Kelebihan: Gambar 3D yang dihasilkan boleh di ubah mengikut keupayaan graphic card yang kita gunakan. Jadi semakin bagus grafic card kita maka makin bagus jugalah grafik yang dihasilkan.
    Kekurangan: Terdapat beberapa permainan yang masih belum compatible dengan emulator ini. Sesetengahnya boleh dimainkan tetapi terdapat masalah dari segi bunyi atau mungkin grafik, dan sesetengahnya pula tidak boleh dimainkan langsung.
    Bleem! 2.0 StarStarStarStar
    Upgrade version Bleem! ini dikatakan boleh memainkan semua permainan. Jadi Kesimpulan yang dapat aku buat, jika benar ia dapat memainkan semua game, maka ia adalah emulator no.1 bagi PSX kerana kelebihannya yang dapat menghasilkan mutu grafik 3D dengan semaxsimum yang mungkin, tak macam VGS.
     

  • Connectix VGS StarStarStarStar
    Kelebihan: Kebanyakan permainan boleh dimainkan menggunakan emulator ini berbanding Bleem!.
    Kekurangan: Grafik yang dihasilkan lebih kurang atau kurang berkualiti berbanding jika dimainkan menggunakan konsol PSX sendiri.
     

PS2

Emulator bagi PS2 dah ada dah, tapi aku tak try lagi. So, aku belum dapat ulas dengan lebih lanjut lagi. Walau bagaimanapun, untuk memainkan permainnan, kita perlu ada DVD drive.

  • Sorry, belum try guna lagi.


Pengeluar

Link dan sedikit penerangan tentang pengeluar  (utama) games.

  • CodeMaster

  • EA (Electronic Art)

  • Microsoft

  • Micropose

  • GodGames

  • Sierra

  •  


| Home | Contents or SiteMap | Feedback | Search in this site |